SUMBANGAN PEMBINAAN SURAU SAAD ABI WAQAS

MEMOHON SUMBANGAN DAN BANTUAN UNTUK PEMBINAAN SURAU SAAD ABI WAQAS, KG GOROWOT, KUALA PENYU, SABAH

YBhg Tuan-Puan, Muslimin & Muslimat yang dirahmati Allah SWT sekalian.

1. Pengenalan : 
Hafiz Chong telah memeluk Islam 20 tahun lalu. Adik lelakinya mengucap syahadah tahun lalu. Ibunya Puan Juslian ( suku Dusun Tatana) penduduk asal Kg Gorowot, Kuala Penyu sementara bapanya En Chong berasal dari Tawau. Kini mereka menetap di Kg. Gorowot Kuala Penyu. 

Mereka sekeluarga serta penduduk Islam di kampung tersebut sedang membina sebuah madrasah dan surau untuk kegunaan masyarakat Islam di sekitar kampung yang dianggarkan sekitar 100 orang di tengah-tengah masyarakat non muslim. Ibunya menghadiahkan sebidang tanah untuk tujuan itu. Meskipun belum Islam, ibu dan bapanya bekerja keras untuk membantu membersihkan kawasan, merata tanah dan membina sebuah pondok kecil di tapak berkenaan.

Menurut Hafiz Chong, mereka memerlukan dana RM50k untuk membina surau berkenaan dan bertekad untuk segera membuka kelas pengajian agama dan Al Quran untuk penduduk kampung.