PROJEK 2 : SUMBANGAN UNTUK 10 BILIK KELAS & PERPUSTAKAAN SEKOLAH BERSEPADU MUSA-ASIAH (SEPAMA)

PROJEK 2 | SUMBANGAN 10 BILIK KELAS & PERPUSTAKAAN SEKOLAH BERSEPADU MUSA-ASIAH (SEPAMA)

SEPAMA terletak 170 km dari ibu negara Kemboja, Phnom Penh. Jumlah penduduk adalah seramai 2,500 orang yang terdiri daripada 500 buah keluarga yang majoritinya beragama islam.

Yayasan Musa-Asiah (YASMA) diamanahkan untuk mentadbir SEPAMA yang menggabungkan sekolah rendah dan menengah iaitu Sekolah Rendah Bersepadu Musa-Asiah (SERPAMA) dan Sekolah Menengah Bersepadu Musa-Asiah (SEMPAMA). Sekolah rendah telah bermula pada 1 Oktober 2012 dengan jumlah murid 47 orang. Manakala sekolah menengah bermula pada 1 Januari 2021. Bangunan sekolah ini dibina di atas tanah wakaf dan rumah pusaka yang ditinggalkan oleh pasangan suami isteri bernama Musa dan Asiah.

SEPAMA dipengerusikan oleh Dr Mohamad Zain Musa (Mantan Professor Universiti Kebangsaan Malaysia) dan dinasihati oleh Dato' Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz (Mantan Ketua Pengarah JAKIM).

Pembinaan ini adalah 100% dibiayai hasil sumbangan orang ramai. Tidak ada kos pengurusan diambil. Seratus peratus dana akan digunakan untuk pembinaan sahaja.

Sebarang Sumbangan samada dalam bentuk cek atau tunai boleh disalurkan atas nama 
TABUNG MUSAADAH SWADD melalui akaun berikut: Bank Islam (14014010158932)

atau boleh hubungi Pegawai SWADD di bawah:

Muhammad Syazwan Hamzah
(016-9143749)

Info SWADD
(010-8496687)

Pejabat SWADD : 03-2164 6317/6318

Sila emailkan slip bank in/ slip online/CDM kepada [email protected] atau Whatsapp kepada Pegawai SWADD di atas bersama nama penuh dan alamat.

Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEKAH JARIAH, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan kepadanya" (Al-Hadis)

Saya yang menjalankan amanah

Abdulhadi Ab Rahman
(Setiausaha, Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy)