SWADD Menyumbang RM5,000 untuk Program KL Autism Awareness Fun Run 2025

Kuala Lumpur, 23 Februari 2025 – SWADD telah menyumbang sebanyak RM5,000 kepada Program KL Autism Awareness Fun Run 2025 yang dianjurkan oleh Pertubuhan Amal & Dakwah Anak Istimewa (PANDAI). Sumbangan ini bertujuan untuk menyokong serta memupuk kesedaran masyarakat, khususnya warga kota, mengenai kewujudan dan keperluan menyantuni golongan autisme.

Program yang berlangsung di Dataran DBKL ini turut mendapat sokongan daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) serta pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO). Acara ini telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Hj Yusof, Timbalan Perdana Menteri & Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, dan berjaya menarik penyertaan dari pelbagai lapisan masyarakat.

Pengerusi SWADD, Ustaz Mohd Nazri Bin Chik, turut hadir bagi memberikan sokongan kepada program ini. Kehadiran beliau mencerminkan komitmen SWADD dalam usaha menyokong inisiatif yang melibatkan komunitiautisme secara aktif.

Semoga dengan sumbangan dan sokongan ini, lebih banyak pihak dapat terlibat secara langsung dalammemperkasa kesedaran dan kepedulian terhadap komuniti autisme di Malaysia.