SWADD Menyediakan 500 Hidangan Berbuka Puasa untuk Warga Kota

MENGIMARAHKAN RAMADAN

Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) meneruskan tradisi dengan menyediakan juadah berbuka puasa secara percuma kepada warga ibu kota di pekarangan Menara Bank Islam, Jalan Perak, Kuala Lumpur.

Sebanyak 500 hidangan disediakan mulai pada pukul 6:30 petang setiap Isnin hingga Jumaat sepanjang Ramadan ini.

Inisiatif tahunan yang kini memasuki tahun ke-11 ini merupakan sebahagian daripada program RamadanFest@SWADD yang bertujuan memanjangkan sumbangan jemaah SWADD kepada masyarakat sekitar serta memeriahkan lagi sambutan bulan mulia.

Selain penyediaan juadah berbuka puasa, program RamadanFest@SWADD turut merangkumi:

  • Solat Tarawih
  • Kuliah Zohor
  • Tazkirah Jumaat
  • Bayaran Zakat Fitrah
  • Qiamullail

Marilah kita bersama-sama memanfaatkan keberkatan Ramadan!