SWADD MENERIMA ANUGERAH KHAS ORGANISASI KATEGORI SURAU JUMAAT

12 November 2020- SWADD telah menerima  Anugerah Khas Organisasi Kategori Surau Jumaat Sempena Maulidur Rasul SAW Peringkat Negeri Wilayah Persekutuan Tahun 2020. Oleh kerana majlis secara fizikal tidak dapat dilaksanakan kerana mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat, Y.Bhg Datuk Mohd Ajib Ismail, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah secara peribadi berkunjung ke SWADD untuk menyampaikan anugerah kepada SWADD.             Ustaz Mohamad Faiz Ibrahim, Bendahari SWADD telah menerima cenderahati daripada Pengarah JAWI.

Turut hadir dalam penyampaian ini ialah Tuan Hanifuddin bin Roslan, Timbalan Pengarah Operasi JAWI, Puan Siti Razmah binti Idris, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI dan Puan Nurlaily binti Kamarudian, Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Dakwah JAWI. Pihak SWADD mengucapkan terima kasih kepada pihak JAWI atas anugerah ini dan Pejabat Pentadbiran Zon 3 telah mencadangkan Surau Jumaat ini bagi mewakili Zon 3 JAWI. Juga kepada para jemaah SWADD yang telah banyak menyumbang untuk SWADD melaksanakan aktiviti dan sumbangan kepada masyarakat.