Sumbangan Program Aidilfitri @ Dataran Merdeka

27 Mei 2022, Jumaat - Pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan menganjurkan program Aidilfitri@Dataran Merdeka pada 28 Mei 2022, Sabtu. Justeru, pihak SWADD telah menyumbangkan RM20,000 untuk program ini. Satu majlis ringkas penyerahan mock cheque telah diserahkan kepada pihak JAWI melalui Ustaz Syed Abdullah bin Syed Nordin, Pegawai Tadbir Agama Zon 3, JAWI. Beliau turut menyampaikan khutbah selepas majlis tersebut.

Terdahulu, Ustaz Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam merangkap Pengerusi SWADD telah menyampaikan tazkirah Jumaat yang bertajuk Anak Yatim dalam Al Quran sempena Pelancaran Dana Anak Yatim Sadaqa House.

Program ini adalah salah satu usaha untuk membawa syiar Islam di tengah bandaraya kepada muslim, non muslim, tourist, homeless dan lain-lain. Semoga program ini akan berjalan dengan lancar.

Terima kasih juga kepada para penyumbang yang menyumbang untuk program ini. Semua dijemput hadir meraikannya.