SUMBANGAN KIT IBADAH KEPADA HOSPITAL AMPANG

15 Januari 2020 – SWADD sentiasa mengutamakan ibadah dalam apa jua aspek. Ini terbukti apabila SWADD telah meluluskan sejumlah peruntukkan iaitu RM 9,750.00 melalui Persatuan Kebajikan Islam Warga Kerja dan Keluarga Hospital Ampang Selangor (PERKIHA) bagi membeli kelengkapan peralatan ibadah atau Kit Ibadah kepada para pesakit. Sebanyak 750 unit set Kit Ibadah diperuntukkan kepada para pesakit di Hospital Ampang. Disaat para pesakit sedang menjalani rawatan di hospital tersebut, mereka juga dapat melaksanakan ibadah dengan mudah apabila menggunakan Kit Ibadah tersebut.

Set Kit Ibadah pesakit tersebut mengandungi beg, botol spray wuduk, debu tayamun dan risalah Hospital Mesra Ibadah (HMI) serta Buku Panduan Solat. Pembelian Kit Ibadah ini adalah salah satu perancangan Hospital Ampang untuk mengadakan program kerohanian dibawah program Hospital Mesra Ibadah (HMI) sepanjang tahun 2020.