SUMBANGAN KEPADA ANAK KARIAH

SWADD Cakna

Alhamdulillah, hari ini dapat menyempurnakan sumbangan kepada anak kariah SWADD sebagai bantuan kecil kewangan sempena pandemik Covid-19 ini, khususnya mereka yang berkhidmat di Menara Bank Islam. Penerima terdiri dari kalangan Imam Rawatib, Pegawai Keselamatan, pekerja Kebersihan dan Parking. Tidak dilupakan para Asatizah pendakwah sepenuh masa yang menjadi tenaga pengajar di SWADD sejak saban tahun, dan terjejas pendapatan kerana kegiatan pengajian masjid dan Surau yang berkurangan.

Turut hadir menyempurnakan penyerahan adalah wakil Jawatankuasa SWADD, Tuan Haji Shafiee, En. Mohd Fitry dan Muhammad Nazrie (penolong pegawai hal ehwal islam SWADD)

Semoga dengan sumbangan ini dapat mengurangkan beban mereka dan didoakan agar terus diberikan kekuatan dalam menghadapi segala cabaran di hari-hari yang mendatang.

Terima kasih kepada jemaah SWADD yang terus menyumbang kepada surau kesayangan kita semua.

Ustaz Haji Mohd Nazri Bin Chik

Pengerusi SWADD