SUMBANGAN DANA WAKAF TUNAI PROJEK BANGUNAN WAKAF MAIPs PERKHIDMATAN DIALISIS

14 Februari 2020 - SWADD telah menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu Perlis (MAIPs) iaitu Majlis Amal Dana Wakaf Pembinaan Bangunan Wakaf MAIPs yang bertempat di Mandarin Oriental Hotel, Kuala Lumpur. Majlis anjuran MAIPs ini dilaksanakan dengan kerjasama strategik bersama Bank Islam Malaysia Berhad, Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) dan MyWakaf AIBIM serta rakan-rakan strategik yang lain. Objektif penganjuran majlis amal ini bertujuan untuk mengumpulkan sumbangan dana bagi membiayai Pembinaan bangunan Wakaf MAIPs -Perkhidmatan Dialisis Hospital Tuanku Fauziah di Kangar, Perlis setinggi 2 tingkat dibawah seliaan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Pengerusi SWADD, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik diiringi Setiausaha, Ustaz Mohd Juzaili Juhan telah hadir ke majlis ini dengan membawa sumbangan SWADD sebanyak                                              RM 20,000.00 untuk disumbangkan ke pembinaan pusat ini. Sumbangan dilaksanakan di dalam sesi penyerahan mock up cheque yang diserahkan Pengerusi SWADD kepada DYTM Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail. Majlis ini turut dihadiri oleh DYMM Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail dan DYMM Raja Perempuan Perlis Tengku Fauziah bt Al -Marhum Tengku Abdul Rashid. Pusat bernilai RM6.0 juta ini telah selamat disiapkan dan mula memberi manfaat kepada pesakit dari kalangan asnaf dan B40 mulai Ogos 2020.