SUMBANGAN BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

SUMBANGAN BERBUKA PUASA KEPADA PETUGAS BARISAN HADAPAN

11 -22 Mei 2020 - SWADD dengan kerjasama Movenpick Hotel & Convention Centre telah mengagihkan juadah berbuka puasa kepada petugas barisan hadapan di sekitar KLIA, Sepang, Nilai serta Putrajaya. Sebanyak 2,000 bungkusan makanan telah di sumbangkan SWADD secara keseluruhan dimana sebanyak 125 bungkusan setiap hari diagihkan kepada agensi-agensi yang berkaitan. SWADD yang tidak melaksanakan program RamadanFest@SWADD 2020 kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) disebabkan pandemik Covid-19 telah membantu petugas barisan hadapan dengan penyediaan juadah berbuka puasa ini.

Antara senarai penerima agihan juadah ini adalah Ibupejabat Polis Daerah KLIA, Bomba KLIA, Hospital Putrajaya, Kastam dan Imigresen KLIA serta beberapa pejabat MAHB dan agensi yang lain. Jumlah keseluruhan sumbangan agihan SWADD ini ialah berjumlah RM 30,000 yang merupakan hasil kutipan dan sumbangan Jemaah SWADD sempena Ramadan 2020.