SEMINAR PEMAHAMAN AKTA/KAEDAH-KAEDAH PENTADBIRAN UNDANG-UNDANG ISLAM

23 Julai 2020 – SWADD telah dijemput oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk hadir ke Seminar Pemahaman Akta/Kaedah-kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019 bertempat di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sekitar 400 orang peserta telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada Pengerusi dan Bendahari Masjid dan Surau Jumaat. Pengerusi dan Bendahari SWADD telah hadir bagi mendengar taklimat daripada pihak JAWI yang melibatkan 3 pembentangan. Pembentangan pertama bertajuk ‘Pengurusan Kewangan Terbaik’ telah disampaikan oleh Puan Aniza Abdullah, Pengurus Audit Dalaman MAIWP.

Pembentang kedua diteruskan oleh Y. Bhg SS Datuk Dr. Luqman Abdullah, Mufti Wilayah Persekutuan yang membentangkan tajuk ‘Pengurusan Dana Masjid Menurut Perspektif Syarak’ manakala pembentangan terakhir dengan tajuk ‘Peranan Jawatankuasa Kariah dan Pegawai Masjid Menurut Akta 5050 dan Kaedah-kaedah’ telah disampikan oleh Tuan Ramzi Osman, Penasihat Undang-undang JAKIM. Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). YB Menteri juga turut menyampaikan Watikah Perlantikan Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat sesi 2020-2023 kepada pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau di Wilayah Persekutuan.