RAMADAN DIIMARAHKAN MEMOHON RAHMAT ALLAH SWT

RAMADAN DIIMARAHKAN MEMOHON RAHMAT ALLAH SWT

 

13 APRIL – 10 MEI 2021 – SWADD telah menganjurkan Ramadan Fest@SWADD 2021 dengan berkonsepkan Pek Juadah Berbuka Puasa Pandu Lalu yang julung kali diadakan dalam suasana pandemik Covid19 pada tahun ini. Konsep yang dilaksanakan ini adalah berpandukan dengan Prosedur Operasi Standard yang ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) antaranya penjarakkan 1 meter dan tiada perkumpulan.

 

SWADD telah menyediakan sebanyak 300 bungkusan pek juadah berbuka puasa setiap hari waktu bekerja selama empat minggu untuk orang awam yang bekerja di sekitar Menara Bank Islam. Pek juadah ini telah disediakan oleh pengusaha Café Menara Bank Islam yang melibatkan sebanyak empat buah gerai. Ini sebagai satu inisiatif SWADD membantu pengusaha café yang terjejas akibat daripada pandemik covid19 yang melanda di negara.

 

Paling menariknya adalah sumbangan pek juadah berbuka ini adalah hasil daripada sumbangan orang ramai dan jemaah SWADD yang tidak putus-putus menderma, menginfaq dan menyumbang ke dalam Tabung Ramadan bagi tujuan tersebut. Hasil sumbangan yang diperolehi adalah RM 72,345.00 dan semuanya digunakan untuk pengurusan program dan pek juadah berbuka puasa pada setiap hari. Selain itu juga, aktiviti  Tadarus Atas Talian bersama Pegawai SWADD turut dijalankan pada setiap hari bermula jam 01.00 tengahari sehingga masuk waktu Zohor.

 

Bukan itu sahaja, majlis bacaan tahlil juga diadakan sementara menunggu waktu berbuka puasa dan solat sunat terawih turut diimarahkan pada setiap malamnya. Walaupun negara sedang dalam mendepani wabak covid19 ini, masjid dan surau tidak terkecuali SWADD tetap melaksanakan aktiviti pengimarahan di bulan Ramadan disamping mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib.

 

Pihak Pengurusan SWADD sangat berterima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang ke dalam Tabung Ramadan SWADD sehingga SWADD berjaya merealisasikan program Ramadan Fest@SWADD yang berkonsepkan pandu lalu yang pertama kali diadakan dan sesuai dengan keadaan semasa.