QIAMULLAIL PERDANA @SWADD

9 MEI – Buat julung kalinya SWADD telah menganjurkan program SWADD Qiyamullail sempena bulan Ramadan dan bertepatan dengan 27 Ramadan 1142H. Program bermula seawal jam 04.45 pagi yang dimulakan dengan solat sunat tasbih, dipimpin oleh Ustaz Haji Mohd Nazri Chik, Pengerusi SWADD dan diakhiri dengan Ustaz Muhammad Syazwan Hamzah memimpin solat sunat taubat sebelum para jemaah menjamah sahur.

Seterusnya, Ustaz Abdulhadi Ab Rahman selaku Setiausaha merangkap Ketua Imam SWADD telah memimpin solat fardu subuh. Selesai solat, tazkirah subuh telah diisi oleh Pengerusi SWADD dan program berakhir pada jam 07.00 pagi.