PROJEK 1 TABUNG MUSAADAH SWADD | PEMBINAAN SURAU SAAD ABI WAQAS

29 APRIL 2021 - Pihak SWADD diwakili oleh Tuan Haji Samin Ongki telah menyerahkan secara simbolik sumbangan jamaah Surau Wakaf Ahmad Daujee Dadabhoy ( SWADD ) Menara Bank Islam KL kepada Surau Saad Abi Waqas Kg Gorowot Kuala Penyu. Beliau optimis surau ini akan terus imarah dan boleh mengadakan solat jumaat untuk.mualaf sekitar tidak lama lagi. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ustaz Nazri Chik - Pengurus Besar Hubungan Strategik Bank Islam merangkap Pengerusi SWADD yang menyelaras sumbangan ini. Terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbangkan kewangan untuk menjayakan pembinaan surau ini.