PROGRAM PEMULIAAN AL-QURAN

10 Jun 2022, Jumaat - Telah berlangsung Program Pemuliaan Al Quran anjuran SWADD dengan kerjasama Yayasan Hubbul Quran. Program ini bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan melupuskan Al Quran yang telah lama, Al Quran yang salah cetakan dan sebagainya. Kos pelupusan sebanyak RM10 sekilogram akan ditanggung sepenuhnya oleh pihak SWADD.

Sementara itu, tazkirah Jumaat telah disampaikan oleh Ustaz Haji Nor Raihan Aziz yang bertajuk, Al Quran Buruk, Di mana? Bagaimana? .. Terima kasih kepada para jemaah yang telah mengambil bahagian dalam program ini.