Program Misi Bantuan Banjir di Tasik Gubir, Sik, Kedah

8 Februari 2025, Sabtu – Buat julung kalinya SWADD telah menganjurkan program Misi Bantuan Banjir di Tasik Gubir, Sik, Kedah dengan kerjasama Masjid Al Abrar, Sik Kedah serta Pusat Khidmat Masyarakat di Dun Belantik.

Penerima-penerima adalah seramai 106 penduduk yang telah terkesan dengan banjir besar pada Disember 2024.

Sumbangan ini telah disempurnakan Haji Shafie Osman selaku Ketua Jawatankuasa Kebajikan dan Anak Kariah SWADD mewakili Jawatankuasa Surau kepada para penerima.

Turut hadir ialah Ustaz Abdulhadi Ab Rahman, Setiausaha serta Encik Mohammad Helmi Baharom, AJK Jawatankuasa Kebajikan.

Terima kasih kepada para penyumbang yang menyumbang untuk program bantuan ini. Hanya Allah swt membalas dengan sebesar-besar ganjaran kepada para penyumbang sekalian.

Jazakumullahu khaira' jaza.