Program Jom Ke Sekolah

13 Februari 2025 (Khamis) - SWADD dengan kerjasama Sadaqa House, PERKIM Cawangan Datuk Keramat dan Pertubuhan Pembangunan Orang Buta Malaysia (PPOBM) telah mengadakan program Jom Ke Sekolah bersempena kemasukan semula sesi persekolahan 2025 di pejabat PPOBM, Brickfields, Kuala Lumpur.

Sumbangan ini memberi manfaat kepada 60 orang anak-anak asnaf dari kalangan ahli PPOBM dan anak kariah SWADD sendiri dengan jumlah keseluruhan sumbangan adalah RM21,000 serta disempurnakan sendiri oleh Ustaz Haji Mohd Nazri bin Chik, Ketua Pegawai Kewangan Sosial Kumpulan Bank Islam merangkap Pengerusi SWADD.

Semoga dengan sumbangan ini, dapat mengurangkan beban ibu bapa dalam membuat persiapan anak-anak seterusnya memberi semangat baru buat anak-anak untuk sesi persekolahan yang akan datang.