program ibadah qurban sabah

31 Julai 2020 - SWADD dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah telah berjaya menganjurkan Program Ibadah Qurban Sabah bertempat di tiga lokasi pedalaman Sabah iaitu Pensiangan, Tinanduk, dan Salong. Program yang julung kali diadakan ini, telah dilaksanakan dengan penyertaan peserta-peserta Qurban dari para Jemaah SWADD dengan kos satu bahagian adalah berjumlah RM670. SWADD telah menyerahkan wakalah pelaksanaan korban kepada Tuan Haji Samin Ongki, Pengarah YADIM Sabah dengan disaksikan oleh SS Dato' Haji Bongsu Aziz Jaafar, Mufti Kerajaan Negeri Sabah.

Sebanyak 3 ekor lembu telah berjaya diserahkan kepada pihak YADIM Sabah dengan jumlah keseluruhan adalah RM 14,070.00. Diharapkan program Qurban seperti ini dapat dilaksanakan lagi untuk masa akan datang sebagai acara tahunan SWADD.