Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-wilayah Persekutuan 2022

13 Jun 2022, Isnin - Suatu Persidangan Pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Kariah Masjid dan Surau Jumaat Wilayah-wilayah Persekutuan 2022 telah diadakan di Dewan Serbaguna Masjid Wilayah Persekutuan. Persidangan ini telah dirasmikan oleh YB Senator Datuk Haji Idris Haji Ahmad, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).

Pengerusi SWADD, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik hadir bagi mewakili SWADD dalam persidangan ini.

"Selain daripada mendengar perkongsian dari sahabat saya YBhg. Datuk Jamal Tun Sakaran Dandai, Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Pengerusi Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan; hari ini menyaksikan kertas pembentangan Tabung Pembangunan dan Penyelenggaraan Masjid Wilayah Persekutuan. Semoga masjid dan surau jumaat di Wilayah Persekutuan untuk pembangunan ummah" demikian tulisan Ustaz Mohd Nazri melalui facebook beliau.