Multaqa Pendakwah Muda Serantau (MUDA 17)

MULTAQA PENDAKWAH MUDA SERANTAU 2017 DITAJA OLEH SWADD

11 September 2017 | Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) diwakili oleh Ustaz Haji Mohd Nazri Chik, Pengerusi SWADD, Ustaz Yusof Assidiqqi Ahmad Sharkawi dan Ustaz Muhammad Syazwan Hamzah, Pegawai Hal Ehwal Islam dijemput ke Majlis Perasmian Program Multaqa Pendakwah Muda Serantau (MUDA ’17) di Hotel Bangi-Putrajaya sebagai wakil penaja utama dalam program ini.

Program ini adalah anjuran World Assembly of Muslim Youth (WAMY) dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bahagian Pendidikan Islam (BPI), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Gabungan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (ACCIN). Ia telah berlangsung selama satu hari yang dihadiri oleh pendakwah muda di sekitar nusantara.

Ustaz Haji Mohd Nazri Chik telah menerima cenderahati plug daripada Prof. Emeritus Dato’ Ir. Abang Abdullah Abang Ali sebagai mewakili SWADD kerana telah menjadi penaja utama program MUDA ’17 iaitu sebanyak RM10,000.00. Penajaan ini sebagai satu simbolik bahawa SWADD sentiasa menyokong dan mendukung penuh apa jua bentuk program yang memberi manfaat serta membangunkan masyarakat khususnya generasi muda.