Misi Bantuan dan Dakwah di Pos Tuel Lojing, Gua Musang

Dakwah Merentasi Sempadan

GUA MUSANG, 4 – 7 Mei 2017 – Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) telah menyertai Misi Bantuan Dan Dakwah di Pos Tuel Lojing, Gua Musang yang dianjurkan oleh Kelab Bank Islam Ibu Pejabat (KBI IP) bersama Pertubuhan Penyayang Salam (Salam Relief) serta ,melibatkan gabungan 10 NGO lain telah bersama-sama berganding bahu dalam merealisasikan misi bantuan dan dakwah ke kawasan perkampungan orang asli di Gua Musang.

Seramai 75 orang sukarelawan terdiri daripada pelbagai bidang telah mengambil bahagian dalam misi ini antaranya Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Sabasun Hyper Runcit, “Team” Perubatan UTM dan HEART Medic & Langit Ilahi, Mercy Culinary serta Persatuan Amal Penyayang Selangor (PAPS). SWADD diwakili oleh Ustaz Abdulhadi Ab Rahman dan Ustaz Muhammad Syazwan Hamzah dalam misi kali ini.

Objektif misi yang digariskan dalam misi ini adalah untuk menyantuni masyarakat orang asli di pendalaman Lojing, menyampaikan asas dakwah yang mudah kepada masyarakat orang asli, membantu masyarakat orang asli dari segi keperluan harian dan menjalinkan ukhuwah dan silaturrahim sesama penduduk kampung dengan team misi dakwah ini.

Dalam misi dakwah kali ini, Pihak SWADD telah menyumbang set kelengkapan solat untuk 120 keluarga orang asli yang bernilai sebanyak RM6,000.00 yang telah disampaikan oleh wakil SWADD dalam program menyantuni dan menziarahi masyarakat orang asli dari rumah ke rumah. Selain itu juga, team SWADD dan KBI IP turut mengadakan sesi bimbingan solat untuk kaum lelaki dan perempuan yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur.

Antara lain aktiviti yang dilaksanakan pada misi kali ini ialah membersihkan kawasan dan menceriakan surau, memberi rawatan perubatan percuma, mengadakan program untuk para remaja dan kanak-kanak dan menyediakan makanan tengahari serta malam.

Penglibatan KKBI IP dan SWADD dalam misi ini adalah sebagai salah satu platform untuk memperkenalkan Bank Islam serta Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) kepada masyarakat luar serta menjalan tanggungjawab korporat (Corporate Social Responsibility). Ianya juga secara tidak langsung memberi peluang dan pendedahan kepada semua peserta misi untuk bersama-bersama terlibat dalam aktiviti dakwah kepada masyarakat sekitar di samping menghulurkan bantuan dan sumbangan kepada pihak yang memerlukan. Pengalaman secara praktikal ini adalah amat berharga serta bermanafaat bagi sukarelawan misi untuk diaplikasikan pada misi yang akan datang.