MAJLIS PENYERAHAN SANGKAR PENYEMBELIHAN MUDAH ALIH

27 Julai 2020 - SWADD telah dijemput oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk menyumbang dalam Majlis Serahan Sangkar Penyembelihan Mudah Alih dan Latihan Penggunaan Sangkar Penyembelihan yang bertempat di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. BIMB dan SWADD turut menyumbang untuk membiayai sangkar ini. Majlis ini dilaksanakan dengan kerjasama JAWI dan Yayasan Inovasi Malaysia (YIM), iaitu agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Sekitar 100 orang peserta telah menghadiri majlis ini yang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi Masjid dan Surau Jumaat serta wakil-wakil pengendali Ibadat korban. Pengisian dimulakan disebelah pagi dengan taklimat asas penggunaan sangkar penyembelihan mudah alih ini yang disampaikan oleh wakil YIM. Seterusnya dilaksanakan sesi demontrasi kaedah praktikal penggunaan sangkar ini. Sebanyak 2 ekor lembu disembelih bagi memberikan latihan dan gambaran sebenar pengendalian sangkar mudah alih tersebut.

Majlis pada kali ini dirasmikan oleh YB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim, Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi. Yayasan Inovasi Malaysia telah menyerahkan sebanyak 10 sangkar kepada pihak JAWI yang telah dibeli oleh masjid-masjid di Wilayah Persekutuan ini.