MAJLIS PENYAMPAIAN BANTUAN PERSEKOLAHAN

Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD), Menara Bank Islam memanfaatkan sumbangan para jemaah untuk membantu kelompok yang memerlukan.

Selasa lalu, Ustaz Mohd Juzaili Juhan (Setiausaha - Penolong Pengurus Syariah, Bank Islam) dan Haji Ahmad Suhaimi Hassan (AJK - Penolong Pengurus Besar, Bank Islam) menyerahkan sumbangan persekolahan kepada pelajar-pelajar dari keluarga asnaf di Sekolah Rendah Agama Raja Muda Musa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur.

Seramai 100 orang pelajar asnaf telah menerima bantuan dari pihak SWADD yang berupa 2 set pakaian sekolah, beg sekolah dan set alat tulis sebagai persediaan untuk menghadapi musim persekolahan tahun hadapan.