MAJLIS APRESIASI PENYUMBANG DAN PETUGAS COVID-19

27 Julai 2020 - SWADD telah dijemput hadir ke Majlis Apresiasi Penyumbang dan Petugas Covid-19 yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Majlis yang diadakan pada 12 Ogos 2020 (Rabu), jam 12.00 tengah hari ini bertempat di Hotel Tamu, Kampung Baru Kuala Lumpur. Majlis telah disempurnakan oleh YB Senator Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Turut hadir Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, YB Dato' Sri Dr. Santhara J.P. dan Pengarah JAWI, Datuk Mohd Ajib bin Ismail. Pengerusi SWADD, Ustaz Haji Mohd Nazri Chik, telah hadir mewakili SWADD ke majlis tersebut.

Majlis apresiasi tersebut dianjurkan sebagai penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan misi Musaadah Covid-19 di samping menggalakkan lebih ramai lagi pihak tampil bekerjasama dengan JAWI bagi menyantuni masyarakat yang terkesan dan memerlukan khususnya di Wilayah-Wilayah Persekutuan. Terima kasih kepada jemaah-jemaah SWADD khususnya yang sangat dermawan dan terus menyumbang untuk sama-sama membantu golongan yang memerlukan.