KORBAN PEDALAMAN SABAH DIRAIKAN OLEH SWADD DAN YADIM SABAH

KORBAN PEDALAMAN SABAH DIRAIKAN OLEH SWADD DAN YADIM SABAH

SABAH, 20 JULAI –Pelaksanaan ibadah korban adalah bertujuan untuk mensyukuri segala nikmat yang telah Allah SWT berikan dan berkongsi nikmat tersebut dengan golongn yang kurang berkemampuan di samping mengeratkan silaturrahim di antara umat Islam. Maka itulah natijah yang ingin dicapai bagi sesiapa yang mengambil bahagian dalam ibadah korban ini.

Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) buat kali ke-2, telah bekerjasama dengan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Negeri Sabah di dalam menganjurkan Program Ibadah Korban Sabah 2021 sejak kerjasama ini dimulakan pada tahun lepas.

Pada tahun ini, SWADD dan YADIM Sabah telah memilih empat buah daerah di pedalaman Sabah iaitu Tongod, Pagalungan, Matunggong dan Paitan yang melibatkan empat ekor lembu untuk dikorbankan.. Pelaksanaan program ini turut diselaraskan bersama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah (JHEAINS) dan Pejabat Daerah di 4 lokasi tersebut. Pegawai YADIM Negeri Sabah turut serta dan menyaksikan pelaksanan korban ini dan para sukarelawan dari YADIM Sabah telah membantu dalam urusan pengagihan daging korban di kampung-kampung tersebut. 

Semoga dengan kerjasama di antara dua entiti keagamaan ini dapat diteruskan lagi bagi menyebarluaskan manfaat kepada umat islam yang lain khususnya yang berada di kawasan pedalaman.

https://www.facebook.com/379512995476938/posts/4244797908948408/?sfnsn=mo