KEM REMAJA USWAH 2019

Remaja Uswah, Membina Qudwah Ulu Yam, 30-31 Mac 2019 - SWADD telah menganjurkan Kem Remaja USWAH 2019 siri 1 bertempat di Nur Laman Bestari Eco Resort, Ulu Yam, Selangor dengan kerjasama NGO Murobbi. Kem yang berlangsung selama 2 hari 1 malam telah dirasmikan oleh Ustaz Mohd Nazri Chik, Pengerusi SWADD. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah menengah yang berumur 16-18 tahun telah menyertai kem ini. Pelbagai modul dan pengisian yang telah dilaksanakan dalam menjayakan kem ini. Antara penceramah yang hadir memberikan pengisian ialah Pencetus Ummah Akram Ikrami dan Pencetus Ummah Izzat Fafthi. Pihak SWADD mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada ibu bapa yang telah mengizinkan anak-anak mereka untuk menyertai kem ini.