Kem Motivasi Remaja Intelek & Sukses (KRIS)

Membina Generasi Cemerlang

Hulu Langat, 18-20 Mac 2017 - Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD) telah berjaya menganjurkan Kem Motivasi Remaja & Intelek (KRIS) bersempena cuti sekolah bertempat di Lembah Azwen Resort, Hulu Langat. Program ini dikendalikan oleh Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd bertujuan untuk menyuntik semangat dan kesungguhan bagi menghadapi peperiksaan menghadapi peperikasaan yang akan diduduki oleh para pelajar.

Seramai 90 orang peserta yang berusia 15-18 tahun telah menyertai menyertai kem ini yang terdiri daripada anak-anak jemaah SWADD dan anak-anak yatim di sekitar Lembah Klang. Para peserta telah terlibat dengan perlbagai aktiviti dan pengisian menarik yang telah disediakan oleh perunding latihan sepanjang 3 hari 2 malam antaranya "Transformasi Diri", "Compass Setting", "Mantop Explorace", "Ice Breaking", "Aku Beriman Aku Cemerlang Trust" dan "Kuasa Memilih" sekaligus memberikan pendedahan kepada para peserta untuk mengubah diri dan mencipta motivasi agar berjaya pada masa akan datang.

Antara yang menarik dalam kem kali ini ialah para peserta telah didedahkan dengan satu modul yang dinamakan Law of Trust bagi menjamin prestasi yang optimum dalam setiap amalan dan berjaya dalam setiap ujian. Modul ini dikendalikan oleh Jurulatih Mantop, Ustaz Fakhrul Ariff Mazlan.

Majlis perasmian penutup Sukses KRIS 2017 telah disempurnakan oleh Ustaz Haji Faiz Ibrahim, Bendahari SWADD merangkap Pengurus Khidmat Komuniti, Bahagian Syariah, Bank Islam Malaysia Berhad. Turut hadir dalam Majlis ialah Ustaz Fakhrul Ariff Mazlan, Jurulatih Mantop Training & Consultancy Sdn Bhd, Ustaz Abdulhadi Ab Rahman dan Ustaz Muhammad Syazwan Hamzah selaku , Pegawai Hal Ehwal Islam SWADD.

"Di sini saya ada beberapa pesanan untuk semua peserta, untuk anak-anak yatim, jangan sangka kamu semua tiada harapan untuk masa depan, berusahalah agar menjadi lebih baik daripada hari ini dan apabila telah berjaya jangan lupakan penjaga kamu. Untuk anak-anak jemaah, bersyukur atas nikmat yang kamu dapat. Kamu boleh lihat dalam program ini bagaimana kenikmatan tersebut perlu disyukuri,"

nasihat Ustaz Haji Faiz Ibrahim dalam majlis ucapan perasmian penutup.

Beliau berharap agar para peserta dapat mengambil sebanyak mungkin input dan ilmu yang telah diberikan oleh para jurulatih dan fasilitator sepanjang kem ini berlangsung supaya para peserta dapat mempraktikkan segala ilmu tersebut seterusnya berjaya pada masa hadapan.

Pada akhir majlis penutup, Ustaz Haji Faiz Ibrahim diiringi Ustaz Fakhrul Ariff Mazlantelah menyampaikan hadiah kepada Muhammed Ibrahem Al Amen Mohd Suhairi dan Norhayati Abdullah kerana terpilih sebagai peserta terbaik lelaki dan perempuan seterusnya menyerahkan sijil penyertaan dan hamper kepada semua kumpulan peserta.