MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SWADD KALI PERTAMA

KEPADA: 

Semua Ahli Kariah,
Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy,
Menara Bank Islam, Kuala Lumpur.

Y. Bhg Tuan/Puan,

NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN SURAU WAKAF AHMAD DAWJEE DADABHOY KALI PERTAMA

1.    Adalah dengan hormatnya, selaras dengan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan)(Jawatankuasa Kariah) 2019, tuan/puan adalah diberikan Notis Mesyuarat Agung Tahunan Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy (SWADD)  kali Pertama akan diadakan pada butiran berikut:

Tarikh    :    17 September 2021 / 10 Safar 1443H
Hari       :    Jumaat
Masa    :    2.30 petang
Tempat    :    Ruang Solat Utama SWADD (atau secara atas talian, tertakluk kepada SOP COVID19)

2.    Mesyuarat Agung tersebut akan dilaksanakan sepertimana agenda-agenda berikut:

1.    Ucapan aluan Setiausaha SWADD
2.    Ucapan Pengerusi SWADD dan Pengerusi mempengerusikan Mesyuarat Agung
3.    Pembentangan Laporan Aktiviti Januari 2020 – Disember 2020
4.    Pembentangan Laporan Kewangan SWADD bagi Tahun Kewangan berakhir Disember 2020
5.    Pembentangan dan Perbahasan Usul-usul 
6.    Penangguhan

3.    Tuan/ puan adalah dialu-alukan untuk menyampaikan usul-usul untuk dibentangkan dan dibahaskan dalam Mesyuarat Agung tersebut secara bertulis kepada Setiausaha Jawatankuasa Kariah selewat-lewatnya pada 03 September 2021 melalui email hadi@swadd.com.my.

4. Sekiranya tuan/puan berminat untuk menyertai mesyuarat tersebut, sila daftar di pautan berikut https://forms.gle/WG4BRirjQpNdPbdt6

Sehubungan itu, Tuan/ Puan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut dan segala kerjasama amat dihargai dan didahului dengan ucapan jazakumullahu khairal jaza’.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

Yang melaksanakan tugas,

ABDULHADI AB RAHMAN
Setiausaha