Terima kasih para penyumbang

Projek 2 : Tabung Musaadah SWADD : Kelengkapan 10 Bilik Kelas dan Perpustakaan SEPAMA

Alhamdulillah petang Sabtu baru-baru ini, telah berlangsung sesi penyerahan sumbangan Tabung Musaadah SWADD untuk Projek 2 iaitu Kelengkapan 10 bilik kelas dan perpustakaan, Sekolah Bersepadu Musa Asiah (SEPAMA) secara simbolik.

Sumbangan yang terkumpul berjumlah RM63,000 itu telah disempurnakan oleh Ustaz Saiful Anuar Hambali selaku Timbalan Pengerusi SWADD dan diterima oleh Dr Mohamad Zain Musa, selaku Guru Besar SEPAMA dan disaksikan oleh Dato' Wan Mohamad, juga Penasihat SEPAMA di rumah beliau.

Sumbangan ini adalah hasil daripada sumbangan Bank Islam Malaysia Berhad dan para jemaah SWADD yang tidak putus-putus menyalurkan sumbangan demi kepentingan pendidikan dan pembangunan sekolah SEPAMA di Kemboja.

Hanya Allah swt membalas dengan sebesar-besar ganjaran kepada para penyumbang sekalian.

Jazakumullahu khaira' jaza