Majlis Meraikan Bakal Haji/hajjah 1443

g akan menunaikan ibadah haji pada tahun ini. Majlis dimulakan dengan Kuliah Zohor Khas yang disampaikan oleh Ustaz Haji Azhar Yahya, Pengarah Kanan YADIM yang bertajuk Kota Mekah Lambang Pengorbanan. Seterusnya ucapan alu-aluan disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Nazri Chik, Ketua Pegawai Rangkuman Kewangan Kumpulan Bank Islam merangkap Pengerusi SWADD.

Seramai 6 orang dari 11 orang jemaah SWADD yang hadir menerima sumbangan dari pihak SWADD dan Kelab Bank Islam pada hari ini. Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Haji Mohd Nazri Chik dan Encik Faisal Ja'afar yang merupakan Pengerusi Kelab Bank Islam Pusat.

Pihak SWADD mengucapkan selamat menunaikan ibadah haji dan semoga dapat menunaikan ibadah haji dengan sempurna serta memperolehi haji yang mabrur, insya Allah.